Dimasukkan Ke Hospital, Doakan Abdul Hadi


PETALING JAYA - Presiden PAS, Datuk Seri Haji Abdul Hadi Awang dimasukkan ke hospital di Kuala Lumpur untuk menerima rawatan intensif, Isnin.

Setiausaha Agung PAS, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar dalam satu kenyataan berkata kemas kini mengenai perkembangan ahli Parlimen Marang itu akan dikeluarkan apabila diperlukan.

Beliau, bagi pihak keluarga dan parti mengucapkan terima kasih kepada orang ramai kerana memberi ruang untuk Hadi dengan tidak melawat beliau di hospital pada masa ini.

"PAS mengajak semua ahli dan penyokong mendoakan kesihatan beliau dan rawatan berjalan lancar," katanya.

Sumber: mStar