Dua Militan Rakyat Malaysia Dipercayai Terbunuh Di Mindanao

Image result for daesh

KOTA KINABALU - Dua rakyat Malaysia yang dipercayai menganggotai kumpulan militan Daesh dikatakan terbunuh dalam pertempuran dengan askar Filipina di wilayah selatan Mindanao malam tadi.

Menurut sumber, Abduraman Asmawi dari Kelantan dan Dr. Kamsa Yahya yang berasal dari Kedah merupakan antara 13 anggota militan tersebut yang terbunuh.

Sumber tersebut berkata, militan dari Indonesia, Sheikh Ayman Marjuki dan Sheikh Ahmad Belfaki yang berasal dari Arab Saudi dipercayai turut terkorban dalam pertempuran di pekan Marawi yang terletak di tengah-tengah Mindanao.

Sementara itu, nasib bekas pensyarah Universiti Malaya, Dr. Mahmud Ahmad yang bekerja dengan pemimpin Abu Sayyaf, Isninon Hapilon dan dipercayai turut berada di wilayah berkenaan masih belum diketahui.

Operasi askar Filipina di selatan negara itu semakin dipergiat selepas Presidennya, Rodrigo Duterter mengisytiharkan pemerintahan tentera di wilayah-wilayah di situ sebagai usaha menghapuskan militan Abu Sayyaf dan Daesh. 

Sumber: UTUSAN ONLINE