KOTA BHARU - Polis menembak mati dua penjenayah dipercayai warga asing dalam satu kejadian berbalas tembakan di Jalan Salor Baru di sini malam tadi.
Suspek mati di lokasi kejadian manakala dua rakan mereka berjaya ditangkap polis di kawasan sekitar dalam kejadian kira-kira pukul 10.05 malam itu.
Terdahulu berlaku adegan mengejar polis terhadap suspek sejauh kira-kira lima kilometer dari Wakaf Che Yeh di sini sehingga ke lokasi kejadian.
Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Asisten Komisioner Mohamad Fakri Che Sulaiman mengesahkan mengenai kejadian dan memaklumkan satu sidang akhbar berhubung perkara itu akan diadakan esok.
Sumber: Utusan