Eina Azman Jamu 30 Gelandangan Di Paris


Bercuti bersama keluarganya baru-baru ini di Paris, Eina Azman sempat menjamu gelandangan di negara itu kerana sayu melihat ramai yang kelaparan dalam cuaca sejuk itu.

Dan katanya lagi, idea bersedekah itu timbul kerana beliau sering memasak dalam kuantiti yang banyak untuk keluarganya.

“Kasihan lihat kanak-kanak di tepi jalan tanpa tempat berlindung dengan cuaca sejuk di sana.

Lebih menyayat hati, mereka bukan meminta duit sebaliknya memohon simpati untuk mengisi perut. Saya menjamu kira-kira 30 gelandangan dengan memasak ayam goreng berempah bersama nasi.

“Terharu melihat mereka makan dengan penuh berselera sehingga licin. Saya selalu masak dalam kuantiti yang banyak kerana bercuti beramai-ramai bersama keluarga, lantas idea memasak untuk gelandangan itu timbul."

Kejadian itu turut dikongsikan dalam laman Instagram Eina, yang menunjukkan beliau sedang mengagihkan makanan kepada gelandangan di kota cinta itu.

Bagaimanapun, Eina menafikan andai ada pihak mendakwa dirinya menunjuk-nunjuk kerana ianya hanyalah peringatkan kepada semua.

“Saya dan suami kerap melakukan kerja amal di Malaysia, namun baru pertama kali memasak untuk gelandangan ketika melancong.

Kalau tahu dari dulu lagi saya bantu mereka dengan cara begini,” jelasnya kepada Berita Harian Online yang sering bercuti ke Paris.