Estet Padi Mampu Jana RM18,900 Sehektar - Shahidan



ARAU- Pesawah yang menyertai Program Estet Padi Bidang Ekonomi Utama Negara (NKEA) melalui Program Projek Permulaan (EPP) 10 mampu menjana pendapatan sehingga RM18,900 setiap hektar sepanjang tahun.
Ini bermakna pesawah akan menerima lebihan sebanyak RM2,400 atau lebih dalam tempoh setahun berbanding pendapatan RM16,500 sebelum program estet padi dilaksanakan.
 
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr. Shahidan Kassim berkata, ini membuktikan program amalan pertanian baik dan bersistematik itu berjaya membantu pesawah menerima hasil yang lebih memuaskan berbanding sebelumnya.
 
Selain pulangan tinggi pesawah disaran merebut peluang menyertai program itu agar berupaya mengeluarkan hasil padi yang menggalakkan serta berkualiti, kata Shahidan kepada pemberita selepas menyampaikan Insentif Projek Estet Padi NKEA EPP 10 Peringkat PPK D-1 Tambun Tulang di pekarangan Masjid Kampung Chemumar di sini, semalam.
 
Turut hadir paamajlis itu ialah Timbalan Pengurus Besar (Pertanian) MADA Robiah Lazim dan Pengurus MADA Wilayah 1 Perlis, Hussin Yusoff.
 
Menurut Shahidan lagi , sehingga kini hanya 3,778 pesawah yang menyertai Projek Estet Padi NKEA EPP 10 daripada 10,000 pesawah membabitkan 5,855.94 hektar daripada 20,073 hektar sawah di kawasan Wilayah 1, Perlis.
 
"Penyertaan program ini terbuka kepada semua pengusaha tanaman padi, pemilik tanah dan penyewa sawah dalam kawasan Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA).
 
"Banyak insentif lain yang akan diperolehi peserta antaranya mereka diberikan bekalan input pertanian, perkhidmatan traktor, jentuai dan lori dengan harga yang berpatutan," katanya.
 
Beliau berkata selain itu, pesawah bakal mendapat bayaran insentif sebanyak RM1,000 sehektar selama 10 musim (RM287 serelong) setelah bersetuju menyertai projek tersebut.
 
"Semua subsidi pertanian masih hak peserta projek, walaupun pihak PPK (Pertubuhan Peladang Kawasan) yang mengurus input pertanian di peringkat ladang menggunakan teknologi ditetapkan iaitu Pakej Amalan Pertanian Baik berpandukan Senarai Semakan Tanaman Padi," katanya.
 
Terdahulu, Shahidan menyampaikan insentif kepada 25 peserta Projek Estet Padi NKEA EPP 10 PPK D-1 Tambun Tulang Musim 1/2017 daripada sejumlah peruntukan sebanyak RM550,514 yang turut akan diagihkan kepada 182 peserta di kawasan Arau esok, melibatkan keluasan projek berjumlah 779 hektar sawah.
 
ARAU- Pesawah yang menyertai Program Estet Padi Bidang Ekonomi Utama Negara (NKEA) melalui Program Projek Permulaan (EPP) 10 mampu menjana pendapatan lebihan sebanyak RM2,400 atau lebih dalam tempoh setahun.
 
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Shahidan Kassim berkata ia membuktikan program amalan pertanian baik dan bersistematik itu berjaya membantu pesawah menerima hasil yang lebih memuaskan berbanding sebelumnya.
 
Katanya, selain pulangan tinggi pesawah disaran merebut peluang menyertai program itu agar berupaya mengeluarkan hasil padi yang menggalakkan serta berkualiti.
 
"Sebelum pelaksanaan program ini, pesawah hanya berhasil sekitar RM16,500 sehektar bagi tempoh dua musim (setahun), namun sejak Program Estet Padi dilaksanakan mereka mampu menjana pendapatan sehingga RM18,900 sehektar sepanjang tahun," katanya.
 
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan Insentif Projek Estet Padi NKEA EPP 10 Peringkat PPK D-1 Tambun Tulang di perkarangan Masjid Kampung Chemumar di sini, semalam.
 
Turut hadir Timbalan Pengurus Besar (Pertanian) MADA Robiah Lazim dan Pengurus MADA Wilayah 1 Perlis Hussin Yusoff.
 
Menurut Shahidan, sehingga kini hanya 3,778 pesawah yang menyertai Projek Estet Padi NKEA EPP 10 daripada 10,000 pesawah membabitkan 5,855.94 hektar daripada 20,073 hektar sawah di kawasan Wilayah 1, Perlis.
 
"Penyertaan program ini terbuka kepada semua pengusaha tanaman padi, pemilik tanah dan penyewa sawah dalam kawasan Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA).
 
"Banyak insentif lain yang akan diperolehi peserta antaranya mereka diberikan bekalan input pertanian, perkhidmatan traktor, jentuai dan lori dengan harga yang berpatutan," katanya.
 
Beliau berkata selain itu, pesawah bakal mendapat bayaran insentif sebanyak RM1,000 sehektar selama 10 musim (RM287 serelong) setelah bersetuju menyertai projek tersebut.
 
"Semua subsidi pertanian masih hak peserta projek, walaupun pihak PPK (Pertubuhan Peladang Kawasan) yang mengurus input pertanian di peringkat ladang menggunakan teknologi ditetapkan iaitu Pakej Amalan Pertanian Baik berpandukan Senarai Semakan Tanaman Padi," katanya.
 
Terdahulu, Shahidan menyampaikan insentif kepada 25 peserta Projek Estet Padi NKEA EPP 10 PPK D-1 Tambun Tulang Musim 1/2017 daripada sejumlah peruntukan sebanyak RM550,514 yang turut akan diagihkan kepada 182 peserta di kawasan Arau hari ini melibatkan keluasan projek berjumlah 779 hektar sawah. -Bernama