Norsabrina memberi cenderamata kepada Nur Amirah ketika lawatannya ke wad kanak-kanak Hospital Kulim |
KULIM - Murid tahun satu yang cedera di bahagian tumit kaki kanan akibat termasuk ke dalam rim roda motosikal sudah selamat menjalani pembedahan.
Ibu mangsa, Noorlia Abd Kadir, 44, berkata, anak bongsunya, Nur Amirah Md Romlan sudah menjalani pembedahan kira-kira jam 3.40 petang untuk membetulkan kembali tisu di bahagian tumit kaki yang mengalami kecederaan agak teruk.
"Alhamdulillah semua dah selamat. Sekarang tunggu kakinya baik sikit sebelum boleh keluar wad," katanya.
Dalam pada itu, Nur Amirah turut menyatakan perasaan terujanya untuk kembali semula ke sekolah.
"Saya harap saya cepat sembuh sebab tak sabar nak pergi sekolah jumpa kawan-kawan, sekarang dah tak rasa sakit sangat.
"Lepas ini saya nak masuk lumba lari. Saya harap dapat nombor satu dalam pertandingan lumba lari," katanya.
Selain itu, Ketua Puteri Kulim-Bandar Baharu, Datuk Norsabrina Mohd Noor yang turut meluangkan masa melawat Nur Amirah semalam berkata, kanak-kanak terbabit hanya cedera di bahagian buku lali.
Menurutnya, beliau difahamkan ibu Nur Amirah mengambil langkah berjaga-jaga sebelum menaiki motosikal namun kejadian itu tidak dapat dielakkan.
“Saya harap ibu bapa yang membawa anak-anak membonceng motosikal sentiasa berwaspada kerana perkara ini banyak terjadi,” katanya.
Kelmarin media melaporkan seorang kanak-kanak cedera apabila kaki termasuk ke dalam rim roda motosikal belakang ketika dalam perjalanan ke sekolah.
Sumber: Sinar Harian