Sudah agak lama tidak mendengar khabar mengenai pelakon Faezah Elai semenjak dia bergelar ibu beberapa tahun lalu.
Mungkin disebabkan kesibukannya sebagai ibu kepada dua cahaya mata menyebabkan Faezah memperlahankan perjalanan seninya.
Seperti mana selebriti lain yang mempunyai cahaya mata, Faezah pun tidak lepas daripada diutarakan soalan mengenai kewujudan laman sosial Instagram untuk dua orang puteri kesayangannya itu.
Mengulas mengenai perkara itu, Faezah berkata, “Tak kuasa! Instagram saya sendiri pun saya kadang-kadang malas hendak kemaskini apatah lagi untuk anak-anak. Kalau saya hendak muat naik gambar mereka pun biarlah di Instagram saya sahaja dan tidak perlulah sampai hendak buka Instagram mereka.
“Nanti kalau mereka ada Instagram sendiri dan dikenali orang, mereka jadi ‘poyo’ pula. Biarlah mereka membesar secara normal,” katanya memetik mStar.
Aktres kelahiran Pulau Pinang ini dikurniakan dua anak perempuan, Dealova Heyrinna, 4, dan Aurora Heyrika , 2, hasil perkahwinan dengan pengarah Heykal Hanifah.
Menurut Faezah lagi, biarlah dia seorang sahaja yang terlibat dalam bidang seni kerana enggan ‘membawa’ anak-anaknya masuk ke dalam industri glamor tersebut. -Kedahnews.com