LONDON - Berikut merupakan antara fakta ringkas mengenai serangan bom di Manchester Arena, awal pagi tadi.
* Sekurang-kurangnya 19 terbunuh dan 50 yang lain cedera dalam serangan bom di Manchester Arena ketika berlangsungnya konsert Ariana Grande.
* Letupan dikatakan berlaku di luar arena, pukul 10.30 malam waktu tempatan.
* Pasukan penyiasat percaya letupan membabitkan serangan kumpulan pengganas.
* Identiti mangsa yang terbunuh dan cedera masih belum dikenal pasti.
* Kawasan sekitar Manchester Arena ditutup untuk siasatan lanjut.
* Perdana Menteri, Theresa May berkata: “Kita sedang mendapatkan maklumat lanjut mengenai kejadian yang dianggap polis sebagai serangan pengganas. Simpati kami kepada keluarga mangsa.”
* Kempen menjelang pilihan raya umum pada Jun ini ditangguhkan. -
Sumber: Utusan