SHAH ALAM - Harga tiket perlawanan akhir Piala FA antara Pahang menentang Kedah di Stadium Shah Alam, Sabtu ini, kekal dijual pada harga RM50 bagi sekeping tiket dewasa dan RM5 untuk sekeping tiket kanak-kanak.
Ketua Pegawai Eksekutif Perkongsian Liabiliti Terhad Bola Sepak Malaysia (FMLLP), Kevin Ramalingam berkata, pihaknya memperuntukkan sebanyak 72,000 tiket, termasuklah 2,000 tiket untuk kanak-kanak.
Menurutnya, Pahang dan Kedah akan mendapat agihan tiket yang sama rata yang menyaksikan masing-masing diperuntukkan 32,000 tiket dewasa dan 750 tiket kanak-kanak.
"Tiket hanya boleh didapati di Stadium Darul Makmur bagi penyokong Pahang dan Stadium Darul Aman untuk penyokong Kedah, dengan tiket hanya akan dijual pada Khamis ini bermula jam 10 pagi.
"FMLLP turut memperuntukkan sebanyak 6,000 tiket dewasa serta 500 tiket kanak-kanak secara dalam talian yang akan mula dijual pada Rabu dan penebusan tiket boleh dibuat di Stadium Malawati pada Khamis, bermula jam 12 tengah hari," katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Mesyuarat Jawatankuasa Pengelola Final Piala FA di Stadium Shah Alam, sebentar tadi.
Mengulas lanjut mengenai harga tiket final yang dikatakan mahal, Kevin menjelaskan ia tidak sepatutnya dijadikan isu kerana harga sama turut digunakan pada dua edisi final sebelum ini.
"Harga tiket ini tidak mendapat bantahan daripada wakil kedua-dua pasukan dalam mesyuarat hari ini (semalam) dan saya berpendapat harga ini adalah normal kerana ia membabitkan perlawanan akhir yang berprestij," katanya.
Sementara itu, Naib Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Pahang (PBNP), Datuk Seri Zamri Ramli berpuas hati dengan pengagihan tiket yang dibuat untuk kedua-dua pasukan oleh badan pengendali liga itu.
"PBNP amat berpuas hati dengan agihan tiket dan kami tidak ada masalah dengan peruntukan yang diberikan. la adalah langkah yang baik daripada FMLLP," katanya.
Nada sama turut diluahkan oleh Ketua Eksekutif Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA), Shahrol Shamsuddin yang menyifatkan FMLLP memberi kerjasama yang baik kepada KFA membabitkan pengagihan tiket untuk skuad Helang Merah itu.
Sumber: BH Online