Gadis Pencuci Pinggan Terkenal Seluruh Dunia


GADIS dari Vietnam ini menjadi terkenal secara tiba-tiba ke seluruh dunia, selepas gambarnya dimuatnaik ke media sosial.

Gambar berkenaan membuatkan orang ramai jatuh hati dengannya kerana dengan wajah yang cantik itu, Yon Dali tidak kekok membantu ibu bapanya di restoran.

Dia tidak kisah jika tangannya kasar tatkala dia menolong membasuh pinggan mangkuk dan melakukan kerja-kerja di dapur.

Yon Dali, 24, telah membantu ibunya di restoran sejak berusia 14 tahun lagi dan kini meskipun telah menuntut di universiti, dia sentiasa ringan tulang.

Impiannya adalah untuk menjadi App Developer selepas dia menamatkan pengajian. Dan kini Yon Dali mempunyai berjuta-juta peminat di seluruh dunia. – Kedahnews.com