Gambar Akhir Dirakamkan Jurugambar Perang Sebelum Maut


SEKEPING gambar yang memaparkan bom mortar meletup yang dirakamkan oleh jurugambar tentera, Hilda Clayton, 22, telah diterbitkan oleh pasukan tentera Amerika Syarikat.

Ia merupakan gambar terakhir yang dirakamkan oleh Hilda pada Julai 2013 di Qaraghahi, Afghanistan, sebelum Hilda bersama empat anggota tentera Afghanistan terbunuh.


Ketika itu tentera Afghanistan sedang mengendalikan latihan apabila kemalangan berlaku mengakibatkan bom tersebut meletup.

Hilda pada masa itu sedang menjalani latihan untuk menjadi jurugambar perang.

Keluarganya telah memberikan kebenaran kepada pasukan tentera untuk menerbitkan gambar yang dirakamkan empat tahun lalu.


Gambar terbabit diterbitkan untuk edisi Mei-Jun bagi jurnal Angkatan Tentera. – Kedahnews.com