PETALING JAYA - Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) menyangkal dakwaan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang menilai parti itu tidak tentu arah.
Presidennya, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, sejak ditubuhkan PPBM lengkap dengan perlembagaan, dasar dan perjuangan dan perkara itu telah dijelaskan kepada akar umbi.
“Kita sudah bergerak di seluruh negara dan sambutan kepada penubuhan PPBM amat baik dan memberangsangkan.
“Bagi saya mungkin Presiden PAS tidak mengetahui situasi dan keadaan sebenar yang ada dalam PPBM,” katanya ketika sidang media mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan, di sini, semalam.
Beliau berkata, rata-rata penyokong PPBM juga faham matlamat dan perjuangan yang didukung PPBM.
“Saya tidak tahu pula mengapa Presiden PAS tidak tahu, mungkin dia yang tak teliti. Dia kata kita celaru, mungkin dia yang celaru.
“Agaknya dia fikir parti kita baru sebab tu dia ada tanggapan sebegitu,” katanya.
Katanya, tanggapan Abdul Hadi itu tidak menjadi masalah besar kepada PPBM kerana kerjasama parti itu dalam Pakatan Harapan semakin baik.
“Ini jelas membuktikan mereka, rakan-rakan dalam Pakatan Harapan juga tahu matlamat perjuangan kami,” katanya.
Kelmarin, Abdul Hadi ketika sidang media di Muktamar Tahunan PAS dilaporkan berkata, PAS memutuskan tiada hubungan dengan PPBM kerana parti itu bercelaru.
“PPBM tak ada ketentuan arah kepimpinan. Tak tahu siapa makmum, siapa imam,” katanya.
Mengulas tentang ahli PPBM dari Dungun yang keluar parti, beliau berkata, itu perkara biasa dan enggan mengulas lanjut.
“Itu biasalah, saya tak nak komen, meskipun ada yang keluar, ribuan juga yang menyertai kami, penyertaan ahli baru meningkat setiap hari, lagipun itu hak mereka,” katanya.
Sumber: Sinar Harian