Norasnita bersama ibu dan dua anaknya yang masih kecil perlukan bantuan untuk menyara tujuh anaknya. |
KULIM - Seorang ibu tunggal cekal membesarkan tujuh anaknya selepas suaminya meninggal dunia pada September tahun lalu akibat demam panas.
Norasnita Che Ya, 38, menggalas tanggungjawab membesarkan anak-anaknya hanya dengan bantuan wang zakat persekolahan lima anaknya sebanyak RM500 dan elaun Perkeso sebanyak RM600.
Menurutnya, selepas ketiadaan suami, Zulkifli Salleh, 50, semangatnya hilang tetapi apabila memikirkan anak-anaknya yang sedang membesar dan perlukan kasih sayang, dia kembali kuat.
"Alhamdulillah, mak dan ayah pun banyak bagi sokongan," katanya yang tinggal di Kampung Kemunting, Karangan.
Katanya lagi, tiga anaknya bersekolah di sekolah menengah dan dua lagi di sekolah rendah manakala dua lagi masih kecil iaitu berusia dua tahun dan empat bulan.
“Saya besarkan anak guna duit bantuan itu saja, memang tak cukup, nak belanja sekolah anak-anak lagi, lampin pakai buang dan susu, itu pun puas cari yang murah.
"Kadang-kadang kena buat muka tebal minta tolong dari saudara mara sementara menunggu wang bantuan setiap bulan.
“Memang adik beradik ada bantu tapi setakat mana yang mereka mampu, saya pun faham. Tapi sebelum dapat wang bantuan, beras pun habis, jadi akhirnya tebal muka pergi minta dengan saudara mara,” katanya.
Norasnita berkata, dia mula runsing memikirkan hari raya yang bakal tiba tidak lama lagi.
“Bulan puasa dah dekat..selepas itu raya, persiapan anak-anak juga tak boleh lupa.
"Tapi bagi saya, biarlah anak-anak berjaya dalam pendidikan dulu. Itu lagi penting.
“Biarlah tak ada duit nak makan tapi jangan pula anak-anak tak sekolah. Ada juga anak minta nak berhenti sekolah, kasihankan saya dan nak tolong jaga adik-adik, tapi saya tak benarkan," katanya.
Dalam pada itu, Norasnita merayu agar mana-mana pihak dapat membina sebuah bilik air di dalam rumahnya.
“Bilik air ada di luar, itu pun tunggu hari nak roboh, kalau arwah suami ada, bolehlah teman tengah-tengah malam.
“Kalau nak bina sendiri memang tak mampu, saya pun tak boleh nak kerja sebab anak-anak masih kecil, nak hantar mengasuh nanti duit gaji habis bayar upah saja,” katanya.
Sementara itu, orang ramai yang ingin membantu dan menghulurkan sumbangan boleh menghubungi Norasnita di talian 019-4634346.
Sumber: Sinar Harian