PUTRAJAYA – Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) bekerjasama dengan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam menyalurkan maklumat risikan dan semakan dalaman berkaitan penahanan dua pegawai Imigresen Perlis yang disyaki terlibat dalam sindiket pemalsuan permohonan Pegawai Dagang.
Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Seri Mustafar Ali dalam kenyataannya semalam berkata JIM sentiasa telus dan komited serta akan memberi kerjasama sepenuhnya bagi memastikan pegawai yang melakukan kesalahan dikenakan tindakan.
“JIM tidak akan berkompromi terhadap pegawainya yang melakukan perlanggaran integriti serta tidak akan melindungi mereka yang terlibat dalam aktiviti tidak berintegriti sehingga menjejaskan nama baik dan imej jabatan,” katanya.
Menurutnya, selain dua pegawai JIM tersebut, seorang lelaki yang merupakan proksi turut ditangkap kerana disyaki bersekongkol dengan aktiviti berkenaan.
“JIM akan berusaha memutuskan rantaian-rantaian ini seterusnya melumpuhkan sindiket-sindiket berkenaan,” katanya.
Mustafa menegaskan bahawa hukuman tegas akan diambil di peringkat jabatan jika pegawai yang melakukan kesalahan terbukti bersalah.
“JIM serius dan komited dalam memastikan tahap integriti pegawai JIM sentiasa berada di tahap maksimum,” katanya. – BERNAMA