Insiden KD Perdana: Aset ATM, Maritim Diatur Gerak


KUALA LUMPUR - Sebanyak 13 aset Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) telah digerakkan untuk mencari sembilan anak kapal KD Perdana yang dikhuatiri hilang selepas terputus hubungan di Perairan Sedili, Johor.

Bilik operasi mencari dan menyelamat juga telah ditubuhkan di Markas Wilayah Laut 1, Pangakalan Tentera Laut DIraja Malaysia (TLDM) Tanjung Gelang, Kuantan.

Setakat ini masih belum ada maklumat lanjut sama ada sembilan anak kapal yang terdiri daripada seorang Pegawai dan lapan Laskar Kanan itu telah ditemui atau belum.

Sembilan anak kapal KD Perdana dikhuatiri hilang selepas bot dinaiki terputus hubungan dengan kapal tersebut ketika membuat operasi menghalang kemasukan bot nelayan Vietnam.

Difahamkan, bot tersebut gagal dihubungi sejak pukul 8.13 malam tadi dan kali terakhir dikesan di kedudukan 29 batu nautika dari darat di perairan Tanjung Sedili, Johor.

Anak-anak kapal itu merupakan pasukan menggeledah yang sedang menjalankan operasi di sekitar perairan berkenaan.

Aset-aset ATM dan Maritim Malaysia yang diitugaskan dalam operasi mencari dan menyelamat: KD Perdana, KD Perkasa, KD Pendekar, KD Handalan, KD Terengganu, KD Kelantan, Pesawat Super Lynx, Pesawat Fennec, KM Tegas, Bot Pengalang 39, Bot Kilat 16, KM Tatau dan KM Pekan. 

Senarai kru kapal KD Perdana yang hilang:-


* Leftenan Mohd, Hidir Yusof

* Mohd. Zaidi Rahim.

* Mohamad Rabidzi Rodzian.

* Mohd. Nurul Shahiran Salwi.

* Mohd. Akmalnizam Amdan.

* Suhaimi Shamsudin.

* Faisal Iskandar Alias.

* Mohd. Fitri Ab. Melek.

* Zulhusni Sherhutdin 

Sumber : Utusan Online