PUTRAJAYA – Islam menetapkan adab dalam menegur dan menasihati pemimpin yang dilantik mengikut perlembagaan dan undang-undang, iaitu tidak boleh dibuat sebagaimana menegur orang lain.
Presiden Persatuan Peguam-Peguam Muslim Malaysia (PPMM), Datuk Zainul Rijal Abu Bakar berkata usaha menasihati atau menegur pemimpin perlu dilaksanakan secara rahsia demi menjaga kredibiliti kedua-dua pihak, sekali gus tidak membuka aib atau memalukannya di khalayak umum.
“Pihak yang tidak berpuas hati dengan pemimpin perlu bersemuka dengannya, bukan mengadu domba atau menghebohkan kepada orang lain tanpa memberi peluang kepada pemimpin itu menjelaskan tindakannya,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika membentangkan kertas kerja bertajuk ‘Fiqh Wala’ dan Taat Dalam Sistem Pemerintahan Demokrasi Raja Berpelembagaan di Malaysia’ pada Seminar Antarabangsa Wasatiyyah 2017, di sini semalam.
Selain itu, katanya, ia juga perlu dilakukan dengan perkataan dan bahasa yang baik, penuh kesabaran serta kebenaran, keikhlasan dan mendoakannya ke arah kebaikan.
“Ruang dan peluang ini mesti diambil berbanding cubaan menjatuhkan kerajaan di luar undang-undang seperti rampasan kuasa dan demonstrasi jalanan,” katanya. - Kedahnews.com