JDT Tidak "Goyang" Walau Tanpa Kelibat Safiq Rahim


JOHOR BAHRU - Walaupun turun tanpa perancang utama Safiq Rahim pada pertembungan menentang PKNS FC dalam aksi Liga Super di Stadium Shah Alam, malam ini, situasi itu langsung tidak meresahkan pengendali Johor Darul Ta’zim (Johor DT) Benjamin Mora.

Sebaliknya, Mora sudah memikirkan pemain yang bakal menggalas tugas Safiq serta mengemudi jentera tengah bagi membentuk kombinasi mantap dalam usaha memburu kemenangan.

Katanya, Safiq terpaksa diketepikan akibat penggantungan satu perlawanan selepas mengumpul tiga kad kuning dan ketiadaannya tidak menjejaskan perancangan taktikal yang sudah dibentuk sejak beberapa hari lalu.

“Kita tahu pengaruh Safiq di posisi tengah dan dia sering memainkan peranan selaku perancang gerakan ke gawang lawan malah dia juga kerap mencipta peluang dan menjaringkan gol namun ketiadaannya tidak menggusarkan kami pada pertemuan menentang PKNS nanti.

Sumber: Harian Metro