Mohamad Zarir bersama pelanggan Kun On yang menggunakan kaunter Bass untuk berurusan dengan JKM. |
KULIM - Orang ramai yang ingin mendapatkan perkhidmatan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Daerah Kulim kini boleh menggunakan kaunter pandu lalu Bantu Arah Selesai Segera (Bass) yang dilancarkan sejak Januari lalu.
Pegawainya, Mohamad Zarir Mohamad Khozali berkata kaunter Bass ini memudahkan orang ramai untuk berurusan dengan JKM tanpa perlu turun dari kenderaan dan mencari tempat parkir yang terhad di kawasan itu.
"Kita telah lancar kaunter pandu lalu Bass ini sejak Januari lalu namun sambutan kurang memberangsangkan mungkin disebabkan orang ramai tidak faham.
"Sebenarnya melalui kaunter Bass ini, orang ramai yang mahukan khidmat JKM tidak perlu turun dari kenderaan sebaliknya pandu saja kenderaan menghampiri kawasan kaunter dan berurusan dengan dua pegawai yang kita sediakan di situ.
"Bukan saja memudahkan mereka terutama golongan orang kurang upaya (OKU), dan warga emas, malah menjimatkan masa,"katanya pada sidang media.
Menurutnya, kaunter Bass ini menyediakan tujuh perkhidmatan untuk pelanggan termasuk permohonan atau pertanyaan mengenai bantuan kewangan, warga emas, kanak-kanak, OKU, taska, dan kaunseling.
"Kita sediakan semua perkhidmatan di kaunter Bass ini, tapi sekiranya ia memerlukan rundingan, maklumat terperinci dan perlu ditemuduga pelanggan atau orang ramai akan diminta masuk ke dalam pejabat dan berurusan di kaunter utama.
"Waktu operasi kita setiap hari waktu pejabat bermula jam 8.30 pagi hingga 5 petang tanpa ada waktu rehat, bermula Ahad hingga Khamis kecuali cuti umum,"katanya.
Sumber: Sinar Harian