TIADA perkara membahagiakan buat seorang ibu apabila menerima hadiah paling berharga daripada sang anak.
Begitu juga hal yang berlaku kepada ibu Julia Perez, Sri Wulansih yang mendapat tidak berupaya menahan gejolak dalam hati saat meraikan ulang tahun kelahiran yang ke-54 baru-baru ini.
Tiada kemeriahan saat meraikan ulang tahun kali ini. Tiada tiupan lilin, kek hari jadi yang manis atau kemeriahan lain sebaliknya hanya dijalankan di dalam bilik tempat wanita itu dirawat ketika ini.
Mereka turut menjalankan upacara sedikit berbeza apabila memilih untuk solat berjemaah dan membaca ayat suci al-Quran sebagai cara lain menyambut hari lahir.
Walaupun bukan menerima wang mahupun emas permata, ibu kepada wanita yang lebih dikenali dengan nama Jupe itu mengakui gembira mendapatkan ucapan daripada anak kesayangannya itu.
“Ya, saya dapat hadiah paling bermakna pagi tadi iaitu ucapan selamat daripada Yuli (panggilan Jupe). Itu rasanya, ya Allah...” kata Sri Wulansih sambil menahan sebak.
Tidak sekadar mengucapkan selamat, Jupe juga mengaku yang keadaannya bertambah baik sehinggakan meminta izin daripada ibunya untuk segera pulang ke rumah.
“Katanya, Yuli sudah sihat. Saya jawab kembali benar Yuli sudah sihat? Dia jawab, ia, Yuli mahu pulang. Kata-katanya masih saya ingat,” tambah ibunya lagi.
Melakukan sedikit upacara kecil-kecilan buat ibunya di hospital, Jupe sempat meminta petugas untuk duduk di kerusi. Namun perkara tersebut tidak dapat dilaksanakan memandangkan keadaan Jupe yang semakin lemah.
Paling mengharukan apabila Jupe menangis saat dia tidak banyak bergerak. Dia minta duduk di kerusi tapi tidak dapat dilaksanakan walaupun sudah diberikan kerusi roda. Keadaannya tidak memungkinkan sama sekali untuk duduk.
Dalam pada itu, keadaan Jupe juga menjadi tanda tanya lantaran dia sudah berbulan-bulan ‘menginap’ di rumah sakit akibat kanser rahim yang ditanggung sekian lama.
Terbaru, adik Jupe, Nia Anggia bercerita yang kakaknya itu telah menjalani prosedur Electroencephalogram atau (EEG) dek kerana kesukaran membuang air kencing. Prosedur tersebut terpaksa dilakukan kerana keadaan semasa kanser yang masih belum pulih.
“Bila dilakukan prosedur tersebut ternyata ada pembekuan darah di dalam rahim. Sebab itu kakak mempunyai banyak masalah, termasuklah sukar membuang air kencing. Sampai sekarang masih banyak pembekuan.
“Proses EEG dibuat untuk mengetahui keadaan semasa sama ada stabil atau tidak. Kondisi kakak juga berubah antara stabil dan tidak sepanjang dimasukkan ke hospital. Bila dilihat, keadaan kurang stabil. Tapi doktor tidak menyebut berapa peratus,” kata adiknya bersedih.
Mengenai perancangan akan datang, Anggie sendiri belum mengetahui apakah langkah perubatan yang akan dilakukan oleh pihak hospital. Untungnya, Jupe sendiri sudah memberikan reaksi positif dari semasa ke semasa.
“Keadaannya semakin stabil dan ubat penenang juga sudah dikurangi sejak lima hari yang lalu. Setiap dua jam dia perlu melakukan terapi. Tubuhnya akan dipusing ke kiri dan ke kanan, kakinya juga akan diangkat dan beberapa pergerakan lain.
“Doktor juga sudah menegakkan tempat tidurnya dan beri sedikit aktiviti,” kata adiknya lagi.
Sumber : Utusan Online