SELEPAS mendirikan rumah tangga bersama jejaka pilihan hati April lalu, Tengku Sharifuddin Shah Tengku Sulaiman Shah Al-Hajj yang merupakan kerabat diraja Johor dan Selangor, pelakon Juliana Evans sudah mula melalui fasa kehidupan yang berbeza.
Menurut Juliana, dia sudah biasa menguruskan kehidupannya seorang diri serta sudah terbiasa hidup berdikari sebelum ini dan kini dia berasa agak kekok apabila diawasi oleh pengawal peribadi.
“Pada awalnya, saya tidak suka dan tidak faham mengapa ada orang ikut saya kemana sahaja saya pergi. Saya mahu bergerak bebas macam biasa.
“Tetapi suami minta saya untuk biaskan diri dengan perkara-perkara itu untuk keselamatan. Dia juga marah jika saya keluar seorang diri,” katanya, memetik laporan mStar.
Selain itu, Juliana juga meluahkan rasa gembiranya kerana sudah berpeluang untuk memasak dan menghidangkan sarapan kepada suaminya.
“Di rumah memang ada pembantu, tetapi saya sudah biasa menyediakan semua barang keperluan sendiri dan masak sendiri.
“Setakat ini saya sudah menyediakan sarapan untuk suami dam menyediakan masakan makanan ikan bilis tumis.
“Suami saya bukan seoarang yang cerewet. Dia suka makanan yang pedas dan mudah-mudah sahaja,” katanya lagi. –Kedahnews.com