SYARIKAT pengeluar produk Jus Kurma Ajwa Madinah, Znseven Enterprise menerusi jenama Jus Ajma, menyasarkan jualan 20,000 unit menjelang akhir Ramadan ini.
Pengarah Urusannya, Dr Noordin Othman berkata, pihaknya menerima maklum balas menggalakkan daripada pelanggan sejak dilancarkan awal Februari lalu.
"Setakat ini, kami mempunyai 130 ejen di seluruh negara dan baru sahaja lantik Koperasi Guru Besar Sabah Berhad sebagai pengedar tunggal di Sabah, Sarawak dan Brunei," katanya.
Menurutnya, selain pasaran tempatan, produk syarikat itu juga telah berada di Singapura dan berhasrat memasuki pasaran Arab Saudi tidak lama lagi.
Pihaknya juga berharap menerokai pasaran Brunei awal Jun ini, menerusi Koperasi Guru Besar Sabah Berhad.
Noordin berkata, bagi mengembangkan perniagaan, Znseven Enterprise masih membuka peluang kepada yang berminat untuk menjadi pengedar dengan modal minimum serendah RM400.
"Kami yakin produk ini akan mendapat sambutan baik daripada pelanggan. "Bukan itu sahaja, khasiat di dalam Kurma Ajwa ini baik untuk minuman seisi keluarga termasuk ibu mengandung, menyusu dan dalam pantang," katanya.
Lulus KKM, ada GMP Bagi memastikan kualiti roduk keluarannya sentiasa terjamin, Jus Ajma ini diproses di kilang berstatus Amalan Pengilang Baik (GMP).
Noordin yang juga lulusan Universiti Sains Malaysia dan memiliki ijazah kedoktoran dari Australia serta pasca kedoktoran dari United Kingdom berkata, produk itu juga berdaftar dengan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
"Sejak zaman dulu lagi, kurma digunakan secara meluas di Timur Tengah sebagai makanan tambahan bagi seisi keluarga.
"Bahan mineral dan vitamin di dalam kurma boleh bantu proses penjagaan kesihatan. Sebagai contoh kandungan gula ringkas di dalam kurma boleh bekalkan sumber tenaga yang tinggi.
"Oleh itu, Jus Kurma Ajwa Znseven amat sesuai diamalkan ketika Ramadan ini.
"Selain itu, ia turut membekalkan tenaga yang cepat kepada ibu mengandung dan selepas bersalin," katanya.
Pensyarah Farmasi di Fakulti Farmasi Universiti Taibah, Madinah ini berkata, kurma juga digunakan secara tradisional bagi membantu penghasilan susu ibu yang menyusu.
Noordin yang kini menetap di Madinah bersama keluarganya berkata, persaingan sentiasa ada di dalam perniagaan tetapi Znseven Enterprise tampil dengan kelainan berbanding produk yang ada di pasaran.
"Untuk menghasilkan Jus Ajma ini, kami guna Kurma Ajwa 100 peratus, yang mana ia di ambil dari ladang yang terletak di kawasan tanah haram Madinah ke Malaysia.
"Di Madinah, Znseven ada usaha sama dengan syarikat Kurma Al-Ansari yang mana mempunyai beberapa kedai kurma di sekitar Masjid Nabawi dan antara pembekal kurma di kedai-kedai lain," katanya.
Oleh itu, syarikat ambil dan membekal terus Kurma Ajwa Madinah ke Malaysia tanpa melalui orang tengah.
"Pun begitu, kami berhadapan kekangan dalam usaha menghasilkan produk ini iaitu bekalan Kurma Ajwa terhad kerana ladang kurma di Tanah Haram Madinah sedikit berbanding jumlah ladang kurma di tanah halal dan kawasan luar dari Madinah," katanya.
Bercakap mengenai sasaran syarikat, pihaknya yakin meningkatkan jualan dengan menjual 40,000 unit botol menjelang tahun hadapan.
Sumber : Sinar Online