KETIKA berusia dua tahun, Aldi Rizal yang berasal dari Indonesia, telah menjadi sensasi antarabangsa disebabkan dia mampu menghisap kira-kira 40 batang rokok sehari.
Kini, pada usia sembilan tahun, Aldi berjaya menghapuskan ketagihan berkenaan dan menjadi pelajar cemerlang di sekolah.
Dia berjaya membuang ketagihan tersebut pada tahun 2013, iaitu selepas dua tahun menjadi tumpuan ramai.
Aldi sebelum itu telah mendapat bantuan daripada kerajaan Indonesia yang menyediakan pemulihan khas untuknya dan menggantikan ketagihan rokok kepada makanan.
Ia bagaimanapun menyebabkan berat badan Aldi meningkat dengan mendadak iaitu 24kg ketika berusia lima tahun disebabkan dia ketagih kepada makanan pula.
Malahan bapanya, Rizal memberitahu anaknya itu akan menghentakkan kepala ke dinding semata-mata kerana mahu mendapatkan makanan tambahan.
“Dia akan makan makanan berlemak dan boleh menghabiskan tiga botol susu pekat setiap hari,’’ kata Rizal yang kemudiannya mambawa Aldi menemui pakar pemakanan.
Sejak itu, Aldi menjalani diet yang ketat dan selepas empat tahun makan buah-buahan dan sayur-sayuran, kanak-kanak berkenaan kembali menjadi kurus.
Aldi kini tidak lagi ketagih pada rokok dan dia menuntut di tahun empat di sebuah sekolah di situ. –Kedahnews.com