TEXAS - Seorang ibu berdepan detik cemas selepas anak perempuanya berusia 10 tahun hampir maut tercekik gajet 'fidget spinner' dan terpaksa menjalani pembedahan untuk mengeluarkanya, lapor CNN.
Kelly Rose Jonies melalui perkongsian di laman Facebooknya memberi amaran kepada ibu bapa yang lain supaya berhati-hati terhadap gajet terbaharu ini yang menjadi fenomena di seluruh dunia.
Menurut Kelly, dia dalam perjalanan pulang ke rumah tiba-tiba terdengar anak perempuannya, Britton, 10, tercekik di tempat duduk belakang kereta.
Dia mendapati anak perempuannya itu tertelan salah satu daripada gelung besi pada "fidget spinner" dan cuba mengeluarkan alatan itu dari mulut anaknya.
Kelly kemudian membawa Britton ke klinik berdekatan.
Doktor bagaimanapun tidak dapat mengenal pasti dimana objek itu terperangkap sehinggalah kanak-kanak itu dipindahkan ke Hospital kanak-kanak Texas dan ujian imbasan Xray mendedahkan logam berbentuk bulat itu tersekat pada kerongkong kanak-kanak itu.
"Britton dibawa untuk pembedahan endoscopically bagi mengesan dan mengeluarkan objek.
"Mujurlah, hasilnya positif tetapi saya berasa agak bimbang akan keadaanya bukan sahaja kebimbangan mengenai komposisi dan struktur objek serta risiko anestesia," katanya
Sementara itu, keluarga mangsa memberitahu CNN, tumpuan utama mereka kini adalah memberi perhatian dan tumpuan kepada kanak-kanak itu dan memastikan dia terus menjalani kehidupan yang sihat.
Tiada maklumat terkini mengenai keadaan Britton.
Sumber : Sinar Online