Katy Perry Dihentam Kerana Komen Rasis


PENYANYI antarabangsa, Katy Perry dihentam netizen selepas didakwa mengeluarkan komen berbaur hinaan dan rasis terhadap bekas presiden Amerika Syarikat, Barack Obama.

Semuanya bermula menerusi aplikasi Instagram Live di mana Katy berinteraksi secara langsung dengan peminatnya, baru-baru ini.

Salah seorang peminat menegur yang dia rindukan rambut hitam berkilat Katy sebelum ini, sebelum bintang pop itu secara spontan membalas, “Ye ke (anda rindukan rambut hitam saya). “Adakah awak rindukan Obama juga? Oh, OK. Keadaan berubah. Bye, jumpa anda lagi nanti.”


Katy kini berpenampilan rambut pendek rona blonde bagi imej terbaharunya.

Tersentak dengan kenyataan spontan itu, kebanyakan netizen terus menghentam Katy dengan mengatakan dia seorang yang tidak sensitif apabila mengeluarkan kenyataan berunsur perkauman yang secara tidak langsung menyinggung perasaan sesetengah pihak. –Kedahnews.com