KUALA LUMPUR - Produk anti serangga berasaskan bahan organik, bebas toksin dan bahan kimia antara kelainan ditampilkan pada Fiesta Muslimah BH 2017 (FMBH'17) di Pusat Konvensyen Shah Alam (SACC), bermula 2, 3 dan 4 Jun ini.
Kelainan ini ditampilkan oleh usahawan, Salim Johir, 52, memandangkan serangga dan binatang perosak adalah antara masalah yang sering dihadapi oleh setiap orang, lebih-lebih lagi menjelang, Ramadan dan Aidilfitri nanti.
Katanya, produk dikenali sebagai KCK Anti Serangga ini berbeza daripada lain kerana ia tidak mengandungi racun memandangkan ia berasaskan serai wangi serta elemen organik yang selamat digunakan di mana-mana saja.
"Kita menyediakan tiga produk anti serangga yang sesuai digunakan di dalam rumah dan kereta di bilik air dan untuk tanaman. Ketiga-tiga produk ini mempunyai fungsi yang mampu untuk membunuh, menghalang dan mencegah serangga dan binatang perosak ini.
"Jadi pengguna tidak perlu lagi menggunakan produk lain yang mengandungi kimia memandangkan KCK Anti Serangga ini selamat jika terkena pada makanan.
Secara tidak langsung mengubah tabiat pengguna ke arah produk organik," katanya.
Halau binatang perosak Salim berkata, produk khusus digunakan di dalam rumah dan kereta dapat menghapuskan serangga hingga ke sarang serta dapat menghalau binatang perosak daripada masuk ke dalam.
"Semut, nyamuk dan serangga terbang yang berada di tempat tersorok juga akan mati, manakala jika sembur di bilik air, ia dapat menghalang dan membunuh serangga merayap dari lubang tangki," katanya.
Katanya, masalah serangga ini juga sering dihadapi oleh wanita yang gemar bercucuk tanam dan menghias laman dengan pokok bunga.
"KCK Anti Serangga juga boleh melindungi tanaman seperti sayuran, daun kari, limau daripada serangan serangga dan ulat, bahkan boleh menjadi baja kepada pokok untuk tumbuh dengan lebih cepat dan lebih baik daripada racun serangga lain.
"Kita juga ada ada semburan yang boleh dijadikan sebagai pengganti kepada baja juga memastikan buah yang terhasil berkualiti. Ia dikenali sebagai S-Matrix yang dihasilkan daripada ekstrak tumbuhan khusus untuk melebatkan buah," katanya.
Salim berkata, penggunaan secara konsisten dapat menjamin kesannya yang cepat dalam tempoh satu hingga dua minggu untuk menghapuskan serangga perosak.
Bahkan, lagi kerap dipantau, mungkin serangga dan binatang perosak itu tidak akan muncul lagi, malah menjimatkan kos dalam tempoh jangka masa panjang.
Katanya, produk ini amat bersesuaian tatkala menjelang Ramadan dan Aidilfitri memandangkan pasti banyak makanan terhidang dan boleh mengundang serangga dan binatang perosak.
"Jika mahu pulang ke kampung halaman, sembur dulu di beberapa penjuru rumah untuk memastikan apabila pulang, rumah masih dalam keadaan elok.
"Malah boleh dijadikan sebagai hadiah kepada ibu bapa di kampung halaman. Ia juga sesuai untuk kegunaan perladangan dan sebagainya. Sebotol 500 mililiter (ml) boleh bertahan hampir sebulan bergantung kepada penggunaan," katanya.
Harga promosi Salim berkata, sempena FMBH'17 ini, beliau berharap pengunjung akan mengambil kesempatan membeli produk ini untuk memastikan rumah, kereta dan sebagainya terhindar daripada serangan serangga dan binatang perosak.
"Saya juga akan memberi tawaran harga istimewa kepada pengunjung FMBH'17 ini nanti," katanya.
Kali pertama, FMBH diadakan di Zebra Square Kuala Lumpur, pada 23 November 2014 berjaya menarik lebih 10,000 pengunjung, manakala kali kedua, di Pusat Pameran dan Konvensyen MATRADE, Kuala Lumpur (24 dan 25 Oktober 2015), lebih 25,000 orang.
Sumber : BH Online