KUANTAN - Pegawai dan anggota Laskar Kanan bot boarding Team KD Perdana Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) disahkan selamat.
Demikian disahkan oleh Panglima TLDM, Laksamana Tan Sri Ahmad Kamarulzaman Ahmad Badaruddin, sebentar tadi.
Bot Boarding Team KD Perdana yang terputus hubungan sejak Sabtu lalu itu ditemui kira-kira 90 batu nautika dari perairan timur Kuantan, lewat petang tadi.
Ahmad Kamarulzaman melalui akaun twitter rasminya @mykamarul sebentar tadi yang mengesahkan penemuan bot itu oleh pesawat Beechcraft Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) hasil maklumat awal daripada kapal dagang yang kebetulan berada di kawasan itu.
"#SAR bot KD Perdana. Ekoran laporan dari kapal dagang, pesawat Beechcraft #TUDM telah ditugaskan dan melaporkan bot dijumpai selamat"
Bagaimanapun, beliau tidak mendedahkan keadaan semua pegawai dan anggota yang dipercayai berada di atas bot itu ketika dilaporkan terputus hubungan.
Pegawai dan lapan Laskar Kanan (LK) Boarding Team dari kapal KD Perdana ialah Leftenan Mohd Hidir Yusof; LK KOM Mohd Zaidi Rahim; LK PAP Mohamad Rabidzi Rodzian; LK PAP Mohd Nurul Shahiran Salwi; LK KOM Mohd Akmalnizam Amdan; LK KOM Suhaimi Shamsudin; LK I TMK Faisal Iskandar Alias; LK I TMK Mohd Fitri Ab Melek dan LK I TMK Zulhusni Sherhutdin yang semuanya bertugas serta berpangkalan di Markas Wilayah Laut 1 (MAWILLA 1) dekat Pangkalan TLDM Tanjung Gelang, dekat sini.
KD Perdana disahkan terputus hubungan dengan bot Boarding Team yang dinaiki sembilan anggota berkenaan di Perairan Sedili, jam 1.30 tengah hari kelmarin.
Sehubungan itu, Op CARILAMAT ditubuhkan malam sama dengan menggerakkan 13 aset Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM), termasuk dua pesawat bagi melakukan pencarian di kawasan laut.
KD Perdana berada di Perairan Sedili bagi melaksanakan rutin rondaan maritim di perairan negara dan sebelum kejadian, KD Perdana dan bot berkenaan mengusir beberapa bot nelayan asing yang berada di perairan terbabit.
Selepas usaha mencari oleh KD Perdana tidak berhasil, TLDM mengaktifkan usaha CARILAMAT di sekitar Perairan Sedili bermula jam 7.30 malam bagi memperluaskan pencarian menggunakan aset ATM, APMM dan Persatuan Nelayan Sedili.
Mengikut kenyataan media TLDM itu, bot berkenaan kali terakhir dilihat pada jarak 29 batu nautika di Timur Tanjung Sedili Besar sebelum terputus hubungan dan keadaan cuaca di sekitar kawasan kejadian adalah baik.
Difahamkan satu sidang media mengenai perkembangan kes itu akan diadakan pagi esok di MAWILLA 1 oleh Ahmad Kamaruzzaman.
Sumber: BH Online