AROMANYA menyegarkan, harum dan pastinya akan menjadikan anda bertambah sihat.
Itulah kelebihan dan tarikan yang ada pada De Asia White Coffee, produk semangat hangat mendapat tempat di pasaran negara ini.
Atas faktor itulah menjadikan produk berkenaan yang baru tiga tahun dilahirkan di pasaran, telah mendapat permintaan amat luar biasa apabila pengeluarannya mencecah 10,000 kotak sebulan.
Berdasarkan sambutan hebat, pengeluaran produk yang boleh menjadikan anda lebih segar dan bertenaga itu dijangka bertambah kepada 50,000 kotak hujung tahun ini.
Bukan itu sahaja, dengan terhasilnya produk anak bumiputera itu juga, telah memberi sinar kehidupan kepada lebih 5,000 ahlinya di seluruh negara, bahkan sudah 70 stokis berjaya dilahirkan seluruh Malaysia.
Mana tidaknya, Ketua Pegawai Eksekutif De Asia Dreams Care Solution, Muhamad Al-Fizan Mat rodi berkata, ada di antara penganggur, ibu tunggal dan lepasan graduan termasuk pesara berjaya memperoleh pendapatan di luar jangkaan.
Ini terbukti katanya, dalam tempoh enam bulan ada ahlinya di Pahang berjaya memperoleh pendapatan sehingga RM40,000 dan itu sesuatu yang boleh dibanggakan.
“Inilah matlamat kita, bukan sahaja jadikan orang bertambah sihat tetapi mereka juga mempunyai pendapatan sampingan,” katanya kepada Sinar Harian semalam.
Gabungan sembilan adunan yang dimiliki produk itu, ia menghasilkan minuman digemari ramai dan boleh dinikmati semua lapisan masyarakat sekali gus menjana pendapatan.
Tambahnya, berdasarkan kelebihan produk yang diformulakan secara istimewa oleh Fuad Al Kurawi De Asia itu ditambah dengan pengalaman bekerja di syarikat kopi lain sebelum ini telah meyakinkan pihaknya untuk mencapai 10,000 ahli penghujung tahun ini.
Berikutan sambutan jualan yang baik dan komitmen ahli, pihaknya telah menghargai sokongan padu mereka. Mereka diraikan pada Malam Serumpun Kasih yang diadakan di D’ Tunjong Banquet dengan penuh gilang gemilangnya.
Pelbagai acara dilakukan termasuk memberikan penganugerahan kepada penyokong veteran, jualan paling tinggi dan sebagainya yang memang sangat berbaloi dinikmati ahli-ahlinya.
Antara penyokong yang hadir memberi sokongan terhadap produk hebat itu ialah Profesor Dr Abdul Aziz Al-Safi Ismail, Dr Wan Hasnol Hadi dan Profesor Dr Nazim Mohammed Noh.
Muhamad Al-fizan juga mengajak lebih ramai masyarakat menyertai program keusahawanan tersebut memandangkan Akademi De Asia di bawah pimpinan Ishak Hashim yang berpengalaman 20 tahun dalam bidang itu akan membantu serta melatih pesertanya sehingga berjaya.
Bagi yang berminat menyertai akademi berkenaan mahupun mendapatkan sebarang maklumat lanjut boleh menghubungi Admin De Asia Puan Ainee Misri di talian 013 641 6426.
Syarikat juga kini sedang mencari stokis dan ejen produk yang membekalkan tenaga, untuk diet dan anti oksida ke seluruh negara. Jadi jangan lepaskan peluang untuk sama-sama menikmati pulangan hebat untuk diri dan keluarga kerana terbukti ia sangat-sangat membantu anda.
Sumber : Sinar Online