Spesis haiwan di dunia ini terlalu banyak dan semakin berkembang oleh kerana pembiakan inter-spesis dan juga proses evolusi.
Jika sebelum ini pengetahuan kita tentang haiwan terhad kepada kucing, harimau, ular dan burung sahaja, artikel ini akan membuka mata anda terhadap kepelbagaian spesis haiwan yang bukan sahaja mempunyai rupa yang pelik, malah menakutkan.
Namun, rupa tidak semestinya menggambarkan sifat yang sebenar. Ada juga haiwan yang berupa hodoh dan menakutkan namun langsung tidak berbahaya kepada manusia.
Kenali 15 haiwan berwajah paling menakutkan di bawah ini:
1. Coconut Crab (Ketam Kelapa)
Ketam kelapa atau coconut crab adalah sejenis ketam darat bersaiz besar yang berkemampuan memanjat pokok, terutamanya pokok kelapa.
Bahkan, ketam ini menjadikan buah kelapa sebagai makanannya. Kuku penyepitnya yang amat kuat itu mampu menebuk tempurung buah kelapa.
2. Honey Pot Ant (Semut Belanga Madu)
Semut honey pot ini mendapat namanya kerana bentuk abdomen yang menyerupai belanga madu. Ini menjadikan spesis ini mampu menyimpan kuantiti nutrien yang banyak di dalam badan mereka.
Semut ini boleh dijumpai di padang pasir Arizona atau New Mexico, Amerika Syarikat.
3. Star Nosed Mole (Tikus Mondok Berhidung Bintang)
Tikus pelik ini kelihatan seperti mempunyai hidung ‘berbulu’, namun sebenarnya spesis ini mempunyai lebih daripada 25 ribu deria sensori yang sangat sensitif untuk membantunya bergerak.
4. Wolf Fish (Ikan Serigala)
Ikan ini tinggal di lautan Atlantik yang sejuk. Oleh kerana rupanya yang menakutkan, spesis ini juga dikenali sebagai ‘ikan iblis’.
Selain itu, ikan ini boleh membesar sehingga 1 meter panjang dan berat 40 kilogram (kg).
5. Naked Mole Rat (Tikus Mondok Bogel)
Tikus tidak berbulu ini tinggal berkoloni bersama’permaisuri’ mereka, sama seperti semut. Oleh kerana spesis ini langsung tidak berbulu, ia kelihatan seperti tikus bogel.
Habitat spesis ini adalah di dalam lubang bawah tanah sama ada di atas pergunungan atau bawah paras laut.
6. Poodle Moth (Kupu-Kupu Poodle)
Spesis ini baru ditemui pada tahun 2009 dan kelihatan seakan-akan rama-rama. Kupu-kupu ini asalnya daripada Venezuela, tetapi hidup di Antartika.
Bulu-bulu halus yang tumbuh pada badannya itu melindungi spesis ini daripada kesejukan.
7. Chinese Giant Salamander (Salamander Gergasi China)
Salamander gergasi China ini rupanya seakan-akan cicak tetapi lebih besar. Ia boleh hidup di darat dan juga di air.
Amfibia ini mampu mencecah 1.8 meter (5.9 kaki) panjang dan 65 kilogram (140 paun) berat. Yang lebih pelik, salamander ini mengeluarkan bunyi yang seakan-akan sama dengan bayi menangis!
8. Goblin Shark (Ikan Yu Goblin)
Nama spesis ini berasal daripada legenda goblin yang dikenali sebagai makhluk yang hodoh.
Selain itu, ikan ini mendapat namanya oleh kerana mekanisme pertahanannya yang unik, iaitu mengeluarkan rahangnya apabila bersedia untuk menyerang mangsa.
Ikan yu ini boleh ditemui di Lautan Pasifik atau Atlantik dan di sekitar Teluk Mexico. Yu goblin ini juga dikenali sebagai pontianak laut dalam kerana sifatnya yang tidak sukakan cahaya matahari.
9. Blowfish (Ikan Buntal)
Ikan buntal ini kebanyakannya tidaklah berbahaya, tetapi terdapat beberapa kes di mana toksin semulajadi yang wujud di dalam badannya telah mengorbankan si pemakannya.
Bagaimanapun, ikan buntal atau fugu ini amat terkanal dalam sajian tradisional Jepun. Oleh kerana risikonya yang tinggi, harga ikan ini sangat mahal dan boleh mencecah ratusan dolar sepinggan.
10. The Giant Isopod (Isopod Gergasi)
Isopod gergasi ini sebenarnya merupakan spesis krustasea atau bercengkerang seperti ketam dan udang dan merupakan subspesis yang terbesar di dunia.
Habitatnya pula adalah di lautan dalam dan boleh dijumpai di seluruh dunia. Haiwan ini dikatakan telah hidup di muka bumi sejak 160 juta tahun lalu.
11. Frilled Shark (Ikan Yu Beropol)
Ikan yu frilled shark mempunyai badan seperti belut yang ‘beropol’ dan mempunyai 300 batang gigi.
Ikan tersebut yang wujud semenjak 80 juta tahun lampau boleh dijumpai pada ke dalaman laut 1,500 meter di Australia, New Zealand, Asia Tenggara. Afrika Barat dan Chile.
12. Cyclops Shark (Ikan Yu Bermata Satu)
Ikan ini ditemui di pantai Baja California Sur, Mexico. Ikan yu albino ini amat jarang ditemui, namun daripada rupanya ia tidak kelihatan membahayakan manusia.
13. Goliath Tigerfish (Ikan Harimau Goliath)
Spesis ini tinggal di benua Afrika dan yang paling besar ditemui mempunyai saiz sepanjang 5 meter dan berat 80 kg. Ikan ini menyerang apa sahaja yang ada di depan matanya, termasuklah buaya.
14. Lobster Moth Caterpillar (Ulat Bulu Lobster Moth)
Ulat bulu ini boleh ditemui di selatan Britain, Eropah dan adakalanya di Asia. Makanan kegemarannya adalah daun pokok beech, oak dan pokok-pokok lain.
Ia mendapat nama sempena rupanya yang seakan-akan udang karang dan kupu-kupu dalam masa yang sama.
15. Wrinkle-Faced Bat (Kelawak Muka Kedut)
Kelawar berwajah kedut ini boleh ditemui di Amerika Tengah. Spesis ini tidak mempunyai ekor dan mempunyai gigi yang lebih kuat berbanding spesis kelawar lain. –Kedahnews.com