Kentang Kurang, Permintaan Tinggi, Harga Snek Kentang Naik 6 Kali Ganda


EKORAN kekurangan bekalan kentang di Jepun, harga sebungkus keropok ubi di negara matahari terbit itu kini meningkat enam kali lebih mahal dari harga biasa.

Lapor media tempatan, dua syarikat pengeluar utama keropok iaitu Calbee dan saingan utamanya Koike-Ya bakal menghentikan hampir 50 produk snek berasaskan ubi kentang.

Ia ekoran taufan dan banjir yang melanda kawasan pengeluaran kentang di Hokaido tahun lalu menyebabkan hasil penuaian terjejas teruk dalam lebih daripada tiga dekad.

Penghentian jualan turut menyebabkan pengemar snek itu membuat pembelian panik malah habis di banyak pasaraya.

Menurut laporan Bloomberg, sebungkus keropok dijual kira-kira 200 yuan (RM7.65) sebelum itu namun hargnya meningkat lebih daripada 1,250 yen (RM47) sebungkus dalam lelongan dalam talian.

Seorang jurucakap Calbee mengatakan mereka mula mendapatkan kentang dari Amerika Syarikat namun undang-undang di Jepun menghadkan jumlah kentang import yang boleh digunakan dalam produk buatan Jepun.

Jepun mempunyai dasar melindungi ekonominya untuk pertanian selama bertahun-tahun dan kebimbangan terhadap penyakit adalah penyebab utama menyekat import segar.

Bagaimanapun, Jepun masih mengimport kentang dari Amerika Syarikat namun pada bulan tertentu sahaja dalam setahun, dengan syarat ia diproses di kilang-kilang berasaskan berhampiran pelabuhan Jepun.

Selain itu, pemanasan global boleh menyebabkan kemungkinan hasil dalam negeri boleh terjejas teruk dengan lebih kerap disebabkan cuaca.

“Kita tidak tahu bila kita akan dapat untuk menghasilkan semula,” kata jurucakap syarikat Masaya Kawase. –Kedahnews.com