MANILA – Presiden Filipina menimbulkan kemarahan ramai selepas beliau membuat jenaka berhubung rogol dalam ucapannya kepada tentera.
Semasa berucap di kem tentera selepas melaksanakan darurat kecemasan di selatan negara itu beliau berkata, tentera dibenarkan merogol sehingga tiga orang wanita.
Ia merupakan kali ketiga rogol dijadikan bahan jenakaa oleh Rodrigo Duterte sejak beliau mengumumkan untuk menjadi calon presiden.
Kumpulan hak asasi manusia berkata, ucapan itu memalukan.
Anak perempuan bekas Presiden Amerika Syarikat, Chelsea Clinton dalam Twitter berkata, Duterte adalah “samseng membunuh tanpa mengambil kira hak asasi manusia” dan “rogol tidak pernah jadi jenaka”.
Dalam ucapan itu, Duterte dilaporkan sebagai berkata:”Saya akan dipenjarakan kerana anda. Jika anda merogol tiga (wanita). Saya akan kata yang saya melakukannya. Tetapi jika anda berkahwin empat, anak lelaki seorang wanita pelacur akan memukul anda,”.
Presiden Human Rights Watch berkata, jenaka presiden itu menjijikkan dan telah menghantar isyarat yang salah kepada tentera ketika pelaksanaan darurat dijalankan.
Jelasnya, kenyataan Duterte itu menimbulkan kebimbangan kepada kemungkinan penyalahgunaan tentera di Mindanao dengan menggalakkan mereka melakukan kesalahan hak asasi.
Seorang anggota sebuah parti politik, Gabriela berkata, rogol bukan bahan jenaka.
Sumber: MalaysiaGazette