Kereta Dihempap Tiang Lampu Isyarat


HUTAN MELINTANG – Sebuah keluarga terselamat apabila kereta dinaiki dihempap tiang lampu isyarat di Kilometer 18 persimpangan Hutan Melintang, kelmarin.

Kejadian jam 9 malam itu berlaku apabila sebuah lori muatan simen bergesel dengan tiang lampu isyarat berkenaan ketika sedang membelok ke arah kanan jalan.

Timbalan Ketua Polis Daerah Hilir Perak, Superintendan Yahaya Hassan berkata, kereta dalam perjalanan dari arah bank ke Pasaraya Billion Hutan Melintang itu berhenti di persimpangan berkenaan kerana lampu isyarat sedang merah.

“Ketika itu datang lori dipandu lelaki berusia 28 tahun membelok ke arah kanan namun bergesel tiang lampu isyarat.

“Keadaan itu menyebabkan tiang berkenaan jatuh menghempap kenderaan mangsa. Pemandu kereta berusia 35 tahun itu bersama keluarganya selamat tanpa sebarang kecederaan,” katanya.

Sumber : Sinar Online