ALOR SETAR – Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) mungkin memberi peluang kepada penolong jurulatih Kedah, Muhammad Nidzam Adha Yusoff untuk menggantikan Tan Cheng Hoe yang menggalas tugas baharu sebagai penolong jurulatih Harimau Malaya.
Bagaimanapun Pengurus Pasukan Kedah, Datuk Jeffery Low berkata KFA perlu terlebih dahulu melihat prestasi Muhammad Nidzam mengendalikan pasukan dalam beberapa perlawanan akan datang.
“Nidzam pun sudah lama bersama pemain. Namun kita masih memberi ruang. Kita tidak janjikan apa-apa, cuma kita perlu melihat kepada prestasi beliau dalam beberapa perlawanan akan datang,” katanya kepada pemberita selepas perlawanan separuh akhir pertama Piala FA antara Kedah dan Terengganu malam kelmarin.
Sebelum ini Presiden KFA, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah mengumumkan Cheng Hoe tidak lagi bersama Lang Merah dan tempat beliau digantikan Muhammad Nidzam buat sementara.
Menurutnya, ketika ini KFA sudah mempunyai beberapa senarai calon jurulatih tempatan dan asing, namun beberapa faktor perlu diambil kira dalam memilih jurulatih yang benar-benar mampu menggalas tugas tersebut, antaranya keserasian antara pemain dan jurulatih.
Mengenai perlawanan malam kelmarin, Jeffery berkata walaupun ia merupakan perlawanan kali pertama selepas ketiadaan Cheng Hoe, ia dilihat bukanlah menjadi masalah yang besar kepada Lang Merah.
“Bukan masalah besar, tapi kalau ada ketua jurulatih lebih baik. Kita pun sudah maklumkan kepada para pemain agar bermain seperti biasa selepas ini, namun Nizam perlu bimbing pemain dengan lebih baik lagi,” katanya.
Dalam perlawanan malam kelmarin, Kedah sekadar meraih bekalan tipis 1-0 ke atas Terengganu sebagai bekalan bagi aksi timbal balik di tempat lawan awal bulan depan. – BERNAMA