Kolam Renang Diperbuat Dari Kaca, Di Puncak Menara 42 Tingkat


Sanggupkah kita berenang di puncak pangsapuri mewah setinggi 42 tingkat dengan dasar kolamnya diperbuat daripada kaca?

Mungkin ramai yang akan menggigil lutut apabila melihat kolam renang yang dibina atas bumbung Market Square Tower, Houstan, Texas, Amerika Syarikat ini.

Sambil berenang, anda boleh memandang sayup-sayup ke bawah melihat kenderaan yang bergerak di jalan raya Houston.

Bagi mereka yang fobia pada ketinggian, kolam renang kelihatan ini sangat mengerikan kerana terletak pada ketinggian 500 kaki (lebih 150 meter) dan struktur yang menonjol sedikit dari sisi bangunan.

Kolam yang dikenali sebagai Sky Pool ini dibina daripada kaca akrilik setebal lapan inci (20 sentimeter) dan hanya boleh diakses oleh penghuni pangsapuri mewah itu sahaja.


Market Square Tower ini memiliki 463 pangsapuri termasuk jenis studio dan rumah emper dengan harga USD1,805 (RM7823) hingga USD 18,715 (RM81,120)

Bangunan tersebut direka oleh firma tempatan Jackson & Ryan Architects dan siap pada November 2016.

Sejak itu, penduduk telah berkongsi imej dan video pengalaman mereka di kolam renang tersebut di laman sosial.-Kedahnews.com