KANGAR – Seorang anggota polis mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini semalam atas dua pertuduhan cuba mencabul dan mengaibkan kehormatan seorang gadis pada Mac lepas.
Bagi pertuduhan pertama, Koperal Azmi Nik, 43, didakwa mencabul kehormatan seorang gadis berusia 19 tahun dengan memeluk remaja tersebut dari arah belakang di sebuah rumah di Pantai Kuala Sanglang, Simpang Empat di sini, pada 9 pagi, 16 Mac lepas.
Dia didakwa mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 10 tahun atau denda atau sebatan atau dengan mana-mana dua hukuman tersebut jika sabit kesalahan.
Azmi turut didakwa cuba mengaibkan kehormatan remaja berkenaan dengan menunjukkan video lucah kepada mangsa di tempat, masa dan tarikh yang sama.
Bagi kesalahan tersebut dia didakwa mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum lima tahun atau denda atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Mohd Farhan Aliff Ahmad.
Majistret Mohd Azhar Hamzah membenarkan tertuduh diikat jamin RM2,500 dengan seorang penjamin sebelum menetapkan 15 Jun depan untuk sebutan semula kes. – BERNAMA