TENTERA Korea Utara bertugas mengawal sempadan Korea-China di Sungai Yalu. - REUTERS |
PYONGYANG - Korea Utara mula 'menyerang' satu-satu sekutu kuatnya selepas pemimpin negara itu, Kim Jong-un ditegur berhubung siri ujian peluru berpandu sejak kebelakangan ini.
Akhbar tempatan negara itu menyiarkan kritikan terhadap Beijing pada Rabu dengan mengatakan bahawa tindakan China meminta sekatan yang lebih ketat ke atas program nuklear Pyongyang secara jelas menjejaskan hubungan kedua-dua negara dan memburukkan lagi keadaan.
Agensi berita rasmi negara itu, KCNA yang memetik artikel akhbar China, China's People's Daily dan Global Times yang dikenali sebagai media yang mendokong dasar dan pendirian kerajaan Beijing.
"Beberapa kenyataan yang tidak masuk akal dan melulu kedengaran dari (media) China pada setiap hari, sekali gus memburukkan lagi ketegangan," jelas KCNA.
Memetik kenyataan sumber kerajaan Pyongyang, China perlu memikirkan kesan terhadap kenyataan melulu itu yang jelas menjejaskan hubungan China-Korea Utara.
Selain itu, sumber berkenaan menuduh Beijing memperbesarkan isu ujian nuklear Korea Utara yang diadakan di tiga wilayah timur laut China.
"Akhbar China cuba menyalahakan Pyongyang susulan kemerosotan hubungan kedua-dua negara selain kehadiran aset tentera Amerika Syarikat di rantau ini.
"Tindakan segelintir ahli politik dan media China yang mahu sekatan lebih tegas diambil ke atas Pyongyang selain sedia mengambil tindakan ketenteraan, menunjukkan mereka cuba menunjukkan kuasa," tambah sumber itu.
Sumber: mStar