Kronologi Kehilangan Sembilan Bot Kru Kapal KD Perdana


KUALA LUMPUR  - Berikut merupakan kronologi kehilangan sembilan kru bot Kapal Diraja (KD) Perdana, malam tadi: -

* Pada 20 Mei, KD Perdana telah mengesan 10 bot nelayan Vietnam pada pukul 9.30 pagi di sekitar kawasan rondaan. Lima bot nelayan itu berjaya diarahkan keluar menghala ke zon ekonomi eksklusif(EEZ) manakala lima lagi bot menghala ke utara.

* Pada pukul 1.00 petang, kapal berjaya mengesan lima bot nelayan asing. Sebuah Bot pasukan penggeledah telah diarah melaksanakan operasi mengeledah bot nelayan asing berkenaan

yang berada hampir empat kilometer dari lokasi, manakala kapal menghalau bot nelayan asing lain.

* Pada pukul 1.30 petang, kapal telah gagal menghubungi bot melalui walkie-talkie dan memulakan operasi pencarian sekitar sembilan kilometer radius.

* Pada pukul 5.03 petang, kapal menerima maklumat daripada bot nelayan asing bahawa kelihatan sebuah bot berapung sejauh 37 kilometer dari kawasan pencarian.

* Kapal kemudiannya digerakkan ke kawasan tersebut namun bot pasukan penggeledah gagal dikesan. Pencarian diteruskan di sekitar Pulau Aur sehingga pukul 8.00 malam.

* Kapal menuju ke lokasi yang mempunyai talian telefon di perairan Pulau Pemanggil dan Pulau Sibu untuk menghubungi pasukan menggeledah tetapi tidak membuahkan hasil.

* Pada 21 Mei, Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) telah mengaktifkan oeprasi mencari dan menyelamat di sekitar perairan Sedili.

* Operasi diperluaskan dengan penglibatan aset Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) dan Persatuan Nelayan Sedili.

* Bilik operasi mencari dan menyelamat ditubuhka di Markas Wilayah Laut 1, Pangakalan TLDM, Tanjung Gelang, Kuantan, Pahang. 

Sumber : Utusan Online