Lagi Video Mirip Pemimpin Pembangkang Tersebar


PETALING JAYA - Kelibat lelaki mirip seorang Ahli Parlimen pembangkang sekali lagi dirakamkan menerusi video bersama wanita yang bukan isterinya.

Rakaman berkenaan merupakan rentetan daripada beberapa video yang turut tersebar sebelum ini membabitkan lelaki yang sama dengan wanita berbeza dalam tiga situasi berasingan.

Video tidak bertarikh itu dimuat naik di laman Facebook Penang Kini pada Ahad.

Berdasarkan video berdurasi 20 saat itu, kelihatan lelaki berkenaan berjalan sambil tersenyum dan berpegangan tangan dengan wanita muda di kaki lima deretan kedai.

Pengendali laman itu mendakwa video tersebut dirakamkan di Kuching semasa pilihan raya Sarawak tahun lalu.

Ahli Parlimen itu diketahui telah berkahwin dan mempunyai tiga orang anak.

Sumber: mStar