TAMPIN – Larian Obor Sukan SEA 2017 Kuala Lumpur (KL2017) tiba di Dataran Tampin di sini hari ini dari Alor Gajah, Melaka.
Anggota Parlimen Alor Gajah Datuk Koh Nai Kwong mengetuai larian itu dan disambut Anggota Parlimen Tampin Datuk Seri Shaziman Abu Mansor pada 11 pagi.
Turut hadir Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Chembong yang juga Exco Belia dan Sukan negeri Datuk Zaifulbahri Idris dan ADUN Gemencheh Datuk Mohd Isam Mohd Isa.
Larian itu bermula di Tampin dan akan melalui daerah Jempol, Kuala Pilah, Port Dickson, Jelebu, Rembau serta Seremban.
Ia berlangsung selama tiga hari dan akan berakhir pada 25 Mei ini sebelum diserahkan kepada wakil Wilayah Persekutuan Labuan yang akan diadakan di Kompleks Belia dan Sukan, Paroi.
Larian Obor KL2017 akan berakhir di Kuala Lumpur pada 19 Ogos depan, menandakan bermulanya temasya Sukan SEA Kuala Lumpur ke-29.
Sementara itu, Zaifulbahri berkata larian obor itu akan melibatkan 300 pelari daripada pelbagai latar belakang antaranya ahli sukan, tokoh masyarakat dan orang kurang upaya (OKU) serta melibatkan jarak sejauh 60 kilometer keseluruhan.
Beliau berkata larian itu juga akan dibawa menaiki Gunung Datuk, Rembau dan juga jet ski di Port Dickson.
“Ini adalah sebahagian daripada acara simbolik bagi mempromosikan Negeri Sembilan secara tidak langsung. Di Port Dickson, sebanyak 10 jet ski akan mengadakan persembahan dengan membawa obor melibatkan 20 peserta daripada kumpulan sukan air Port Dickson bermula di Pantai Cahaya ke Teluk Kemang, sejauh 8 kilometer,” katanya.
Dalam pada itu, beliau berkata acara larian itu yang akan berakhir pada 25 Mei ini, akan menyaksikan penyerahan obor kepada Anggota Parlimen Labuan Datuk Rozman Isli di Seremban. – BERNAMA