Larian Obor Sukan SEA Menuju Labuan


SEREMBAN - Larian obor sempena Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 peringkat Negeri Sembilan berakhir di sini hari ini dan akan diteruskan di Wilayah Persekutuan Labuan.

Larian di negeri ini bermula di Dataran Tampin pada pagi Ahad lalu dan tamat di Kompleks Sukan dan Belia di Paroi di sini pada pukul 11 pagi tadi.

Terdahulu, pelari membawa obor dari Institut Perguruan Raja Melewar, Sikamat di sini disertai 310 peserta yang diketuai Pengarah Majlis Sukan negeri, Fouzee Abdul Aziz dan Ahli Dewan Undangan Negeri Paroi, Mohd. Ghazali Abd. Wahid. 

Jarak larian obor tersebut sejauh 10 kilometer. 

Obor berkenaan diterima Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Modal Insan, Sukan dan Belia negeri, Datuk Zaifulbahri Idris sebelum diserahkan kepada Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Wilayah Persekutuan Labuan, Azhar Ahmad bagi meneruskan larian itu di sana. 

Sumber : Utusan Online