Lebih 3,000 Dari Kedah Ke Ulang Tahun UMNO Ke-71


ALOR SETAR – Lebih dari 200 ahli UMNO bahagian Pokok Sena akan turut memeriahkan  pada sambutan Ulang Tahun UMNO Ke-71 yang bakal berlangsung di Stadium Bukit Jalil pada 11 Mei ini.

Setiausaha UMNO bahagian, Mohamad Abdullah menyatakan, rombongan dari Pokok Sena itu terdiri ahli dan pada pemimpin semua sayap parti berkenaan.

UMNO di seluruh neger Kedah dijangka akan menghantar 3,000 orang peserta yang terdiri daripada 15 bahagian ke  sambutan itu.

Mohamad menyatakan, UMNO Bahagian Pokok Sena menerusi biro agamanya telah mengatur pelbagai program keagamaan dan masyarakat sepanjang bulan Ramadan yang bakal menjelang tidak lama lagi.

Antara  program itu alah pengagihan bubur lambuk pada setiap hari di sepanjang Ramadan, selain ceramah-ceramah agama di surau dan masjid di sekitarnya.

Program lain ialah sumbangan kepada warga kurang upaya serta meneruskan tuisyen Barakah kepada pelajar yang bakal menduduki peperiksaan tahun ini, kata Mohamad lagi. - Kedahnews.com