SYDNEY – Seorang juruterbang sebuah helikopter dirakamkan mendarat di sebuah restoran makanan segera, di sini, semata-mata untuk membeli hidangan kegemarannya.
Seorang penduduk merakamkan video menunjukkan helikopter berwarna hijau itu mendarat di satu kawasan lapang di tepi restoran kelmarin.
Tidak lama selepas itu, seorang lelaki keluar dari helikopter berkenaan dan terus berjalan masuk ke dalam restoran itu.
Ketika juruterbang itu memesan makanan, bilah helikopter itu masih berpusing dan lelaki berkenaan masih sempat merakam gambar pesawat yang dinaikinya.
Lelaki itu kemudian kembali ke helikopter sambil membawa satu beg makanan berwarna coklat sebelum terbang semula.
Penduduk yang merakamkan aksi itu hampir tidak percaya dengan apa yang dilihatnya itu.
“Biar betul, saya sangka helikopter ini mendarat kerana berlaku kecemasan,” katanya.
Sementara itu, menurut media tempatan, mendaratkan helikopter di kawasan awam bukan satu kesalahan tetapi Pihak Berkuasa Keselamatan Penerbangan Awam memberitahu, pihaknya menyiasat insiden itu.
Menurut agensi itu, helikopter boleh mendarat di lokasi sekiranya mendapat kebenaran pemilik hartanah dan kawasan pendaratan itu selamat.
Seorang lelaki yang mendakwa juruterbang helikopter berkenaan memberitahu sebuah stesen radio tempatan dia mendapat kebenaran pemilik hartanah untuk mendarat. – Agensi