Lelaki OKU Ditemui Rentung Dalam Kebakaran

Image result for Lelaki OKU Ditemui Rentung Dalam Kebakaran

LUNDU - Seorang lelaki orang kelainan upaya (OKU) ditemui rentung selepas dia terperangkap dalam kebakaran sebuah kedai runcit di Kampung Jangkar di sini malam tadi.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak berkata, kejadian kira-kira pukul 7.49 malam itu mengakibatkan Adward Otoi, 80, rentung selepas gagal keluar menyelamatkan diri.

"Warga emas malang tersebut ditemui di bahagian hadapan pintu kedai berkenaan selepas pasukan bomba selesai melakukan kerja-kerja pemadaman api.

"Kebakaran itu mengakibatkan kedai terbabit musnah sepenuhnya," katanya dalam satu kenyataan.

Menurutnya, punca dan jumlah kerugian masih lagi dalam siasatan.

Sumber: Kosmo Online