SYDNEY – Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Qantas, Alan Joyce, dilemparkan pai krim oleh seorang lelaki ketika berucap pada satu majlis yang berlangsung di sebuah hotel di Perth Australia pada Selasa, lapor agensi berita China Xinhua.
Kejadian berlaku ketika CEO itu baru beberapa minit menyampaikan ucapan, apabila seorang lelaki berumur lingkungan awal 70-an tiba-tiba datang dan melemparkan makanan berkenaan ke wajah beliau.
Insiden menyebabkan kira-kira 500 tetamu yang hadir dalam majlis perniagaan itu terkejut.
Ketika itu, Joyce sedang menyampaikan ucapan mengenai perkhidmatan penerbangan terus Qantas dari Perth ke London yang diumumkan baru-baru ini.
“Saya tidak tahu kenapa,” kata Joyce kepada penonton sebelum meminta kebenaran untuk membersihkan wajahnya yang dipenuhi dengan krim sebelum menyambung semula ucapannya.
Lelaki berkenaan ditahan anggota keselamatan hotel sementara menunggu ketibaan polis.
Punca kejadian masih belum dikenal pasti namun insiden itu menyebabkan pengguna media sosial membuat pelbagai spekulasi mengenai jenis krim pai yang digunakan. – BERNAMA