LG secara rasmi memperkenalkan model G6 ke pasaran Malaysia, menampilkan ciri IP68 yang membolehkannya kalis air.
Menurut laporan Amanz, LG G6 memperlihatkan komponen seperti USB C dan port audio 3.5mm di bawah serta di bahagian atas peranti.
Berbanding LG G5, bahagian bawah menyaksikan pembesar suara dan mikrofon bertukar kedudukan selain kelihatan jalur antena.
Ia menggunakan skrin 5.7-inci pada paparan Quad HD, dilengkapi cip Snapdragon 821, memori 4GB RAM, dan ruangan storan 64GB.
Tambah lebih menarik, ia menggunakan bateri sebesar 3300mAh dan menyertakan sokongan dwi sim (4g/3g).
Manakala kameranya pula setaraf dengan kebanyakkan peranti flagship di pasaran iaitu dwi-kamera 13-megapixel di belakang, dan kamera 5-megapixel di hadapan.
LG menyertakan rekaan bingkai tepi yang nipis melalui telefon pintar ini, menjadikannya kelihatan lebih cantik berbanding dengan LG G5 sebelum ini.
Harga seunit LG G5 dianggarkan berada pada kadar harga yang kompetitif dengan Samsung Galaxy S8, iaitu sekitar RM2999. –Kedahnews.com