KUALA LUMPUR – Jaringan Jeon Woo-young pada penghujung separuh masa kedua membantu Melaka United mengikat juara bertahan Liga Super, Johor Darul Ta”zim (JDT) di Stadium Hang Jebat, malam tadi.
Skuad Harimau Selatan terlebih dahulu membuka jaringan menerusi Mohd Safiq Rahim pada minit ke-59, sebelum pemain import dari Korea Selatan itu menyamakan kedudukan pada minit ke-87 untuk membantu skuad Hang Tuah berkongsi satu mata dengan jiran selatannya.
Bagaimanapun, JDT masih gah di persada carta dengan 27 mata daripada 12 perlawanan setakat ini, diikuti oleh Pahang dengan 21 mata dan Kedah dengan 20 mata.
Sementara itu, Kelantan mengejutkan Pahang dengan kemenangan tipis 3-2 di Stadium Darul Makmur, Kuantan.
Penyerang import dari Brazil, Alessandro Celin meletakkan skuad ”The Red Warriors” di hadapan pada minit ke-17 sebelum rakan senegaranya, Matheus Alves menyamakan kedudukan bagi Pahang pada minit ke-69.
Tersentak dengan jaringan itu, Kelantan melakukan asakan sehingga mendapatkan gol menerusi pemain import dari Lubnan, Mohammad Ghaddar tiga minit kemudian namun, Alves sekali lagi menyamakan kedudukan pada minit ke-77 .
Mohammad Ghaddar muncul wira pasukan apabila menjaringkan gol kemenangan selang seminit kemudian untuk membawa pulang tiga mata berharga buat Kelantan.
Di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu, T-Team membenam Perak 3-0 sekali gus melonjak ke tangga ketujuh carta dengan 13 mata.
Skuad ”The Titans” bermula garang apabila menjaringkan gol seawal minit kelapan menerusi pemain import dari Mali, Mamadou Samassa sebelum Wan Ahmad Amirzafran Wan Nadris dan pemain import dari Uzbekistan, Farhod Tadjiev masing-masing menjaringkan gol pada minit ke-71 dan 75.
Pada satu-satunya aksi Liga Super esok, pasukan Pulau Pinang akan menentang Felda United di Stadium Negeri, Batu Kawan, manakala pada hari Selasa, Sarawak akan menerima kunjungan Selangor di Stadium Negeri, Kuching dan PKNS FC akan menentang Kedah di Stadium Shah Alam. – BERNAMA