Malindo Air Tawar Promosi Dua Juta Tempat Duduk


KUALA LUMPUR – Malindo Air menawarkan promosi dua juta tempat duduk bagi kelas ekonomi dan perniagaan semasa Jualan Mega Pertengahan Tahun dengan perjalanan mulai 1 Julai 2017 hingga 31 Mac 2018.

Tambang promosi daripada RM69 hingga RM1,999 itu boleh didapati mulai sekarang hingga 21 Mei 2017 dan sah untuk semua tempahan dalam talian, di semua kaunter pejabat jualan tiket Malindo Air dan agensi pelancongan, kata syarikat penerbangan itu dalam satu kenyataan semalam.

Menurutnya, tambang yang menarik itu adalah untuk penerbangan domestik Malaysia ke Singapura, Australia, India, Indonesia, Thailand, Vietnam, Myanmar, Taiwan, Hong Kong, China, Sri Lanka, Bangladesh dan Nepal.

“Kami juga telah melancarkan jualan global serentak untuk penerbangan dari Singapura, Australia, India, Indonesia, Vietnam, Taiwan, Hong Kong, Sri Lanka dan Pakistan ke Kuala Lumpur untuk kelas ekonomi dan perniagaan,” kata Ketua Pegawai Eksekutif, Chandran Rama Muthy.

Untuk tempahan dan pertanyaan, pelanggan oleh layari malindoair.com, e-mel Pusat Khidmat Pelanggan di customer_care@malindoair.com atau hubungi +603-7841 5388 mulai jam 8 pagi hingga 10 malam setiap hari. – BERNAMA