KUALA LUMPUR – Kerajaan Barisan Nasional (BN) mempunyai matlamat untuk menaikkan taraf hidup dan kebajikan golongan pekerja Malaysia.
Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, kerajaan BN menerapkan pelbagai usaha untuk memperlengkapkan landasan kerja yang kukuh buat golongan tersebut.
Bagaimanapun, katanya, pasti akan wujud golongan pembantah dan bersikap skeptik terhadap segala usaha yang dilakukan kerajaan tersebut.
“Sudah tentu akan wujud golongan pembantah serta tidak bervisi atau berpandangan jauh dalam kepentingan usaha kerajaan melindungi tenaga kerja Malaysia sambil mencapai pembangunan ekonomi.
“Bagaimanapun, saya menaruh kepercayaan kita berada di landasan yang teguh demi membangunkan sebuah negara yang kompetitif dan maju melalui usaha yang diterajui kerajaan demi feadah rakyat,” katanya dalam satu kenyataan media semalam bersempena sambutan Hari Pekerja hari ini.
Tiong Lai yang juga Menteri Pengangkutan memberi contoh pencapaian ekonomi Malaysia berada di tangga ke-11 daripada 138 negara bagi sektor pengangkutan berdasarkan `World Economic Forum’s Global Competitiveness Report 2016-2017′.
Menurut beliau, pencapaian tersebut berjaya dirangkul negara berdasarkan perkembangan pantas dan usaha peningkatan infrastruktur pengangkutan Malaysia.
“Kejayaan perkembangan ekonomi Malaysia adalah hasil sumbangan dan penat lelah rakyat Malaysia. Walaupun berhadapan dengan cabaran dan kekangan global, rakyat Malaysia tetap bersatu teguh dan penuh beriltizam demi mengatasi halangan yang mendatang,” katanya. – Kedahnews.com