BINTANG sensasi kelahiran Disney, Miley Cyrus memberitahu bahawa dia semakin pulih daripada ketagihan ganja dan alkohol.
Menurut Miley, dia kini banyak menghabiskan masa untuk fokus terhadap kerjaya nyanyiannya dan akan melancarkan single terbaharu berjudul Malibu tidak lama lagi.
Single tersebut yang bakal dilancarkkan pada 11 Mei ini mengisahkan curahan hati penyanyi itu sepanjang perjalanan hidupnya sebagai seorang selebriti.
“Sudah tiga minggu saya dalam proses berhenti daripada ketagihan ganja dan alkohol. Boleh dikatakan saya sudah bersih sepenuhnya sekarang,” katanya kepada media hiburan antarabangsa.
Album terbarunya ini juga akan memuatkan lagu genre country seperti mana ketika dia mula-mula muncul sebagai Hannah Montana di saluran Disney. – Kedahnews.com