BELUM pun sampai setahun jagung, Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) yang diasaskan oleh bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad telah dilanda pelbagai kirisis termasuk ramai ahli dan pemimpinnya meninggalkan parti.
Semalam PPBM Perak pula memberi kata dua kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin agar meletak jawatan sebagai presiden parti itu atau berdepan tindakan peletakan jawatan beramai-ramai ahli dan pemimpin PPBM di negeri itu.
Ketua Pendaftar PPBM Perak, Azrul Suhadi Ahmad Mokhtar berkata, desakan itu dibuat oleh sebahagian besar daripada 24 bahagian PPBM di Perak setelah mendapati Muhyiddin bertanggungjawab di atas segala kepincangan parti yang berlaku di peringkat kebangsaan dan negeri.
Beliau mendakwa, ahli parti sudah sampai ke tahap tidak dapat menerima tindak-tanduk presiden parti yang disifatkan tidak pernah ikhlas dengan Tun Dr. Mahathir, penyokong dan pendukung parti yang lain.
Apakah benar Muhyiddin tidak ikhlas dengan Dr. Mahathir?
Menurut Azizul, sepanjang masa Presiden PPBM itu menangguk di air yang keruh dengan mengambil kesempatan di atas populariti Dr. Mahathir sebagai pengerusi bagi mencatur parti dengan meletak orang tertentu pada kedudukan penting di semua peringkat.
“PPBM Perak memberi tempoh seminggu kepada Muhyiddin untuk memberikan respons terhadap desakan kami ini.
“Jika masih tiada apa-apa jawapan balas daripada beliau, kami iaitu lebih separuh daripada ahli dan pemimpin PPBM Perak akan meletak jawatan,” katanya dalam sidang akhbar di sini semalam.
Menurut Azrul Suhadi, Muhyiddin tidak mempunyai kekuatan, sokongan akar umbi, tidak ikhlas, memilih bulu dan tidak mempunyai aura politik yang menyakinkan.
Muhyiddin juga dikatakan tiada kredibiliti dan pendirian serta mudah dipengaruhi oleh beberapa Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi PPBM dalam membuat keputusan penting parti.
Menurutnya, sikap Presiden PPBM itu yang suka mencatur jawatan dalam parti sehingga mengetepikan dan menafikan hak ahli-ahli PPBM dan memperalatkan parti.
“Matlamat dan perjuangan parti juga tidak jelas terutamanya berkenaan hubungan PPBM dengan PAS yang mana daripada awal lagi Pengerusi PPBM sudah membuat ketetapan untuk terus memutuskan hubungan dengan PAS
“Namun, Muhyiddin dan kumpulannya membelakangkan keputusan pengerusi parti,” dakwanya seperti mana yang dilaporkan oleh Utusan Malaysia semalam.
Persoalan yang timbul, adakah di dalam PPBM terdapat dua kumpulan, Kem Dr. Mahathir dan Kem Muhyiddin?
Muhyiddin didakwa membelakang keputusan yang dibuat oleh Dr. Mahathir selaku pengerusi dan mencaturkan jawatan dalam parti selain mudah terpengaruh dengan ahli Jawatankuasa Tertinggi PPBM.
Dalam pada, desakan supaya Muhyiddin melepaskan jawatan Presiden dikatakan ‘strategi senyap’ Dr Mahathir untuk menjatuhkan Muhyiddin agar, anaknya, Datuk Seri Mukhriz Mahathir yang kini Timbalan Presiden diangkat selaku Presiden PPBM.- Kedahnews.com

.