NAZA Kia Malaysia semalam memperkenalkan model terbarunya dalam segmen D, Kia Optima GT yang diperbaharui.
Model keempat yang diperkenalkan Naza Kia itu dikuasakan enjin pengecas turbo petrol Theta II 2.0 T-GDI yang mampu memberi kuasa pemecutan kosong hingga 100 kilometer sejam dalam 7.4 saat.
Ketua Pegawai Operasi Kumpulannya, Datuk Samson Anand George berkata, Kia Optima GT juga adalah pengenalan Optima generasi keempat (JF) di Malaysia yang menggantikan model generasi ketiga (TF).
Ia dijual pada harga atas jalan RM179,888 seunit.
"Harga yang ditawarkan di pasaran Malaysia ini termasuk jaminan lima tahun tanpa had jarak perbatuan. Tambahan, orang boleh memilih daripada tiga pilihan warna yang ditawarkan iaitu Gravity Blue, Aurora Black dan Snow White Pearl.
"Kia Optima GT turut dilengkapi lampu utama projektor LED dan lampu nyalaan siang LED, lampu belakang LED GT, diffuser, hujung ekzos berkembar, sistem ekzos Dual Muffler dan rim aloi 18-inci yang dipasangkan tayar Michelin Pilot Sport 3," katanya pada majlis pelancaran model berkenaan di Kuala Lumpur, semalam.
Sumber : MyMetro